Ok. Semua orang mesti suka hadiah kan. Heheh. Biasalah, lumrah manusia konon nya. Saya memang SANGAT suka. Baru-baru ni saya dapat sepasang sandal yang sangat comel. Selepas berjaya dalam Adopt-A-Heel campaign anjuran Heels Boutique, saya dihadiahi Adorable Slip-On Sandal yang sungguh menawan. Saiz yang sangat bersesuaian (sila jangan jeles). Haha. Bertambah-tambah suka sebab boleh dipadankan dengan kebaya biru. Oh eh. Saya belum ada baju kaler biru. Haruslah baju raya tahun ini berwarna biru. Haha. Ok terkeluar topik sudah. Sebelum mak nenek membebel panjang, sila layann gambar berikut ('',)v
tulisan korea tu abah ada 'translate' kan tapi malangnya lupa plak maksudnya heh
saya suka 'bow' itu :)
tumit yang sederhana tinggi tapi tetap tak dapat kalahkan ketinggian alana. huhu
notakaki: cerita kemenangan saya di sini :D